Saturday, 13 January 2018

Dayride - Misi mencari Titik Tengah Semenanjung.

Titik Tengah ini telah saya ketahui sejak awal 2016. Tidak banyak cerita tentangnya didalam media mahupun di internet. Lagipun ia sekadar titik tengah je kan. Tiada apa yang menarik bagi sesetengah orang. Akan tetapi bagi saya , ia suatu yang sangat menarik.  Memandangkan latarbelakang saya ialah dalam bidang pembinaan, jadi saya ada sedikit ilmu tentang kerja2 Jurukur ini.

Alhamdulilah, dengan perancangan minit akhir, misi saya ini diterima baik oleh Sdr. Shah & Sdr. Yusri. Mereka pun bersungguh untuk mencari Titik ini. Untuk menjadikan misi ini lebih bermakna, Shah dn YY memberi pendapat untuk menambah beberapa lokasi dan aktiviti lain bagi memnuhkan masa yang ada .

7 Januari 2018

Kami berjumpa di Masjid Jalan Pantai , Jelebu kira2 jam 7.30pagi. Saya tiba agak lewat kerana menghantar anak keklinik , disyaki kena Chicken Pox. Tepat jam 8 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke KAMPUNG ULU JELEBU.

READY TO ROLL TIRE...

Perjalanan dijangka ambil masa kira2 30minit . Kami ride dalam kelajuan purata 80km/j kerana menikmati suasana pagi Bukit Tangga. Sangat nyaman dan tenang. Setibanya kami di Pekan Kuala Kelawang , Shah terpaksa mencari laluan masuk yang lain ke Kg Ulu Jelebu kerana jalan yang pernah beliau lalui telah ditutup untuk kawasan Pasar Pagi. Kami ambil masa kira2 15minit mencari Lokasi sarapan yang telah dirancang.

ni diaaa..roti canai kari kambing

ngam!! rezeki kami ......

shah dan yy tidak lepas pluang...saya pun..😅😅

Kebetulan memang rezeki kami pagi itu, port sarapan itu rupanya juga port kumpul peraih durian. Rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari.. dengan tak malunya..kami pun minta sebiji untuk merasa kenikmatan Raja Buah ni. Minta sebiji..dibelanjanya 3 biji oleh tuan punya kedai. Tanpa pikir panjang akan kesannya makan durian dipagi hari bersama2 kambing....bedal ajeeeeeee... ape nak jadi itu belakang kira...Alhamdulilahh..sangat puashati dengan SARAPAN kami pagi ini.

shah & YY posing bersama jentera masing2 di simpang masuk ke kedai sarapan



hantammmm sajalahhh


Selesai sarapan , kami menuju ke suatu port lagi. Empangan Kg Ulu Jelebu. Port baik untuk bawa famili mandi manda. Kawasan bersih , air sejuk ya amaattt , dan tak ramai orang.

rasa nak terjun..tpi masa tak sesuai..lain kali insyallah.

Empangan Ulu Jelebu

Settel sessi pagi di Kg Ulu Jelebu, kami meneruskan perjalanan menghala Temerloh. Lokasi makan tengahari. Kami melalui Simpang Pertang dan Kg. Sungai Lui .

sempat juga kami berfoto di Tugu Peringatan Perang Sg lui.


Shah & YY dengan aksi mereka...

Kemudian kami teruskan perjalanan , dengan kelajuan purata 80 - 100km/j melayani view2 yang ada , serta selekoh2 yang baik dan permukaan jalan yang boleh dikatakan sangat baik juga. Kami berhenti buang air dan isi petrol di BHP Triang.

Seterusnya kami melalui pekan Bera , sangat maju sekarang. Ada KFC, MCD !

Sambil menyusuri Sg PAHANG , ahkirnya kami tiba di Temerloh kira2 jam 1.00 tghari. Lapor sudahhh bila bau patin tempoyak. Pada mulanya kami tidak bercadang untuk lunch, akan tetapi saya mohon berhenti sebab hset saya alami sedikit masalah. Kami pun berhenti disebuah kedai tepi sungai untuk rehat dan minum. YY memulakan tindakan berani menghampiri tempat lauk..maka bermulalah godaan patin tempoyak...wlupun pada awalnya masing2 cakap tak nak makan...😆. Shah dengan pais patin , YY dengan Baung gulai dan Saya juga akhirya tewas dan makan patin tempoyak...punahhhh.

Selesai lunch kami pun memulakan perjalanan mencari Titik tersebut. Setibanya kami di Pekan Kg Paya Siput, kami mencari Madrasah Darul Ulum. Berdasarkan info yang kami ada, titik tersebut terletak didalam kawasan itu. Hampir setengah jam kami mencari2 lokasi Madrasah Pondok tersebut. Berapa individu penduduk tempatan pun tak tahu akan lokasi titik tengah dan pondok tersebut. Lokasi yang ada dalam internet sama sekali tidak tepat. Akhirnya Shah berjaya mendapatkan info dari seorang Pakcik dikedai kopi pekan paya siput untuk lokasi tepat pondok darul ulum tersebut. Kami terus menghala dengan penuh harapan..harap2 kali ini tepat. 

Alhamdulilah, kami akhirnya sampai Ke Pondok Darul Ulum yang sebenar. Maka kami semakin hampir dengan Titik tersebut. Setelah bertemu dengan salah seorang pelajar dan dikenalkan pula pada Ustaz Sabarudin, Ketua pondok ini. Kami memohon kebenaran untuk tumpang solat di masjid dlam kawasan pondon yang berkeluasan 5 ekar ini. 

Setelah selesai solat, Ustaz sabarudin menjemput kami minum dan memulakan penerangan tentang Titik Tengah tersebut. Macam tahu tahu je kami haus...hehehe..langsung tak elak bila diminta tambah air. Butiran penerangan saya tak kongsikan disini, saya harap sesiapa yang ingin tahu , silalh datang sendiri dan dengar dari mulut ustaz Sabrudin sendiri.

Kami seterusnya di bawa bersiar2 didalam kawasan pondok ini.


titik tengah sebenar berada di atas pembetung najis disalah sebuah rumah (mcm cerita ali baba bujang lapok daaaa)

monumen yang disediakan oleh pihak JUPEM


ini semua Shah punya idea...gambar tak yah tgok kamera

monumen ni tak jauh dari kawsan pondok darul ulum


we are waghih & we are here .. 7 jan 2018.

Alhamdulilah. Misi kami tercapai dengan baik sekali. Ada penceritaan menarik disebalik titik tengah ini. Saya bersyukur diberi peluang untuk mencarinya seterusnya mengetahu searah titik tengah ini.

Terima kasih pasa Sdr Shah & Sdr YY yang sudi temankan saya dlm misi ini.


Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk explore titik ini boleh lah hubungi saya untuk maklumat selanjutnya.








1 comment:

  1. assalamualikum. pondok darul ulum ni berdekatan dengan apa ya? teringin lama dah mencari batu ni. tapi xbyk info dlm internet.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & Salam Sejahtera , Alhamdulilah , dengan izinNya , dapat juga saya berkongsi satu lagi aktiviti Ride ,   Kembara K...