Alhamdulilah , dengan izinNya , dapat juga saya berkongsi satu lagi aktiviti Ride ,
Kembara Kemboja 2018.
Pertama:
Mencari tarikh yang sesuai , sepertimana biasa, saya akan cari tarikh untuk cuti diketika ada cuti umum yang berturut bagi elak saya ambil cuti tahunan yang banyak. Beginilah caranya jika kerja makan gaji yer.
Kedua:
Kumpul duit..hahahaha....sepertimana biasa.... saya sediakan RM1500 tukar ke USD & RM1000 tukar ke Baht.. Jumlah keseluruhan rm2500.
Ini 2 perkara yang akan saya tetapkan dan fokus dulu. Selepas itu baru lah sediakan Route dan selalunya persediaan Route ini ia akan berubah sampailah minggu akhir nak pergi...
Dokumentasi:
Mulai bulan Julai saya sudahpun mula berhubung dengan pihak Kedutaan Malaysia di Phnom Penh. Surat pemberitahuan saya hantar dan alhamdulilah mendapat kerjasama baik dari mereka.
Seterusnya saya Ke Wisma Putra dan akhir sekali berurusan dengan Kedutaan Kemboja di Kuala Lumpur. Semua proses ini ambil masa lebih kurang 2 bulan dan ia tertakluk pada keadaan.
contoh surat dari Pihak Kemboja
untuk perjalanan:
sediakan beberapa salinan passport , lesen , geran , yang berwarna lebih baik.
Persediaan Motorsikal:
Ini antara yang terpenting!
Kebiasaannya orang akan bertanya tentang kos untuk Ride..dan biasanya saya akan jawap Kos Ride tanpa Kos Motorsikal.
Kos Motorsikal? segala kos baikpulih untuk memastikan Motorsikal anda "fit"..bersedia untuk perjalanan yang jauh tanpa henti..tetapi sepraktikal yang sepatutnya lah.
Kos ini berbeza pada setiap motorsikal.
Bagi saya; F800GS 2017 , 26500KM
-servis , tukar brake pad .
-check tayar, bearing roda, brake depan, cable clutch, rantai & spocket .
Wlupun keadaan Tayar serta Rantai saya tidak berapa 100%, tetapi saya ambil tindakan untuk pakai dulu dan standby duit jika perlu tukar didalam perjalanan nanti.
BISMILLAHHIROHMANIRROHIM .......ON THE BIKE .....
JUMAAT : 7/9/18
Memulakan perjalanan dari Seremban kira2 jam 3pm. Hujan mengiringi permulaan Ride kali ni. Alhamdulilah ride kali ini saya ditemani oleh 2 rakan , Shah f8gs serta Yusri R1200gs , keduanya juga dari Seremban. Kami RV di Petronas r&r Seremban hala utara.
last check !...
Hari pertama yang cukup hebat , hujan sepanjang perjalanan hinggalah ke Dannok.
Alhamdulilah, wlupun sedikit tersasar dari jadual masa ETA yang dijangkakan, yg penting kami selamat sampai dan berjaya masuk dannok.
Kami ambil keputusan untuk check in di Siamthana Hotel dengan kos rm90 satu bilik ( boleh tido 3 org ).
beratur seperti biasa untuk declair kastam
parking baik2 kat border ni..jangan susahkan orang lain..klu tak.buruk padahnya nanti.
___________________________________________________________________________
Kami mulakan perjalanan kira2 jam 7am waktu siam , biasanya saya akan mula gunakan waktu siam sebaik sahaja dah masuk Thailand ni. Perjalanan hari ini adalah perjalanan yang terjauh (km) dalam ride saya kali ini. Melalui "segenting kera" Thailand...bosannnnn..melalui Patthalung, Thung Son , Suratthani, Chumpon dan BERHENTI di Prachuap Khiri Khan untuk tido malam ni.
sempat juga berposing dengan abang polis siam ni
melayan peminat2 ... hahaha..
Panas hujan sepanjang perjalanan..akhirnya kami sampai ke hotel yang berada kira2 10km sebelum simpang ke pekan Prachuap. Hotel tepi Route 4 aje. Ini kali kedua saya menginap disini.
600 baht untuk katil 3 org..ada awning..cuci moto pun senang..parking depan mata.
______________________________________________________________________________
AHAD : 9/9/18
Kami memulakan perjalanan seawal jam 3am dari hotel , ini disebabkan kami cuba elakkan kesesakan kota BANGKOK.
Alhamdulilah, seperti dirancang , kami berjaya mengelak dari kesesakan dan kesesatan sepanjang perjalanan ke Phra Padeng Pier.
Jeti feri berhadapan dengan Police Station
Tiket Feri =10 Baht
Feri merentasi Sungai Chao Phraya..15 minit ajerr
Di atas feri
abaikan kacang tu 😂.. view Bhumibol Bridge 2
Setelah 15minit merentasi Sungai Chao Phraya, kami pun sampai ke daerah Samut Sakhon..dah melepasi kota Bangkok la kiranya..kami terus ke TRAT seawal yang boleh untuk cover rehat dan tido..sepanjang perjalanan ke Trat..hujan kembali turun...amat pedih ride kali ini...harus sabar trus sabar dan trus bersabar....
sempat berfoto di gateway menuju border
Asean Highway 123 , Route 3 : Menuju terus ke Trat dan Border
Mercutanda masuk ke Trat yang unik..bentuk Kapal Selam
Trat center Hotel , 700 Baht
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
ISNIN : 10/9/18
Alhamdulilah...mental semua masih ok..wlupun fizikal dah mula merasai keletihan disebabkan ride dalam hujan dan panas..cuaca sangat tidak menentu.
Pagi ini kami keluar dari hotel kira2 jam 7am , menuju ke Border Ban Hat Lek. Menyusuri laluan kampung dikiri kanan , tidak banyak kenderaan lalu sepanjang laluan ini.
The Narrowest Part of Thailand (tengok googel map)
Replika kapal perang pun ada di laluan ini.
Salah satu air terjun asli yang sempat saya rakam
Kira2 jam 9am kami pun sampai ke Border Ban Hat Lek. Satu border yang kecil sahaja.
border checkpoint yang cukup "koboi"
Tugu di Border BAN HAT LEK
PROSES DOKUMENTASI DI BORDER BAN HAT LEK
-cop passport di kaunter sebelah kiri hala masuk Kemboja
-kemudian pergi ke kaunter 6 (sebelah kanan hala masuk Kemboja)
urusan Arrival Departure Card
-pergi semula ke Custom Counter untuk serah "simplified custom cert."
selesai di Thai dan bawak kenderaan melepasi askar dan terus hala border kemboja .
PROSES DI BORDER CHAM YEAM (KEMBOJA)
- cop passport
- "deal" dengan pihak "Custom Kemboja"
# disini sebarang surat dari Kedutaan or Menteri memang tak dilayan agaknya...😂😂😂
Alhamdulilah..setelah 30minit , urusan kami selesai disini..
KAMI BERJAYA MASUK KEMBOJA....
Koh Kong Bridge
Perjalanan diteruskan, kami seterusnya menggunakan MAPS ME untuk ke bandar berhampiran untuk mendapatkan sim kad. Setibanya di Koh Kong kami terus mendapatkan sim card dan kemaskini sistem PANDU ARAH kami.
sim kad SMART = 1 USD
kredit = 1 USD
SISTEM PANDU ARAH GOOGLE MAPS TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI KEMBOJA.
SILA GUNAKAN WAZE UNTUK SISTEM PANDU ARAH DI SINI ATAU MAPS ME.
Kami juga sempat meneguk air sejuk sebab cuaca ketika itu sangat panas.
Sempat juga kami tukar duit CAMBODIAN RIEL sedikit. Sebenarnya tak perlu tukar pun takpe. Duit mereka pun mereka tak nak. Jika bagi USD dan jika ada baki..diaorang akan bagi duit Riel.
Hari semakin lewat , kami meneruskan perjalanan ke Sihanoukville.
Perjalanan ke Sihanoukville memang agak teruk. Ia mungkin disebabkan cuaca hujan yang kerap berlaku sejak 2 bulan sebelum ini. Perjalanan yang amat memeritkan. Permukaan jalan rosak hampir 70% dari keseluruhan 200km . Hari yang betul menguji mental dan fizikal serta motosikal..huhuhuhu...
Alhamdulilah..kami sampai ke Pekan Sihanoukville kira2 jam 6pm.Pekan yang terletak ditepi laut. Keadaan pekan yg sesak serta tak berapa bersih. Penuh dengan casino dan nightlife. Hotel yang saya survey terlebih dahulu ternyata tidak sesuai untuk kami. Kami ambil keputusan untuk mencari hotel yang lebih baik. Kebetulan kebanyakan hotel pada hari itu penuh. Akhirnya kami bersetuju untuk menginap di Serendipity Beach Resort.
Serendipity Beach Resort = 900 Baht
Agak mahal tapi sangat selesa ...berbaloi selepas harungi perjalanan yang amat memeritkan.
Roundabout wajib berfoto sebagai kenangan.
sempat juga cuci moto ketika perjalanan keluar dari Sihanoukville..belum sempat kering hujan pun turun ....hadoiiiii...
________________________________________________________________________________
SELASA : 11/9/2018
Setelah cukup rehat , pagi ini kami gerak keluar dari hotel kira2 jam 8am. Yy dan Shah sempat bersarapan dihotel. Saya lapik perut dengan air kosong aje. Kami bergambar di Double Lion Roundabout dan teruskan perjalanan ke Kampot. Perjalanan pagi ini kami dihidangi dengan hujan juga..pepagi dah hujan. Sabar dan terus bersabar. Sangat merbahaya ride di Cambodia ini. Siapa besar dia menang. Cara pemanduan disini sangat merbahaya untuk penunggang motosikal. Bersabar dan biasakanlah diri dengan cara orang sini. Sapa lah kita nak ubah cara diaorang ye tak? Teruskan fokus dan tenang ketika ride.
Kami sampai ke Pekan Kampot kira2 jam 10.30am. Permukaan jalan juga amat teruk sepanjang perjalanan ke Kampot. Disini pekannye lebih tersusun dan bersih jika dibandingkan dengan Sihanoukville. Kami sempat makan tengahari disini dan gerai makan halalnya terletak tidak jauh dari Roundabout Durian.
Durian Roundbout , memang Cambodia suka hias Roundabout diorang.
Kolopilah Reunite in Kampot. Bro David & Sis Sheila from CMenanti..hehehe
Selesai sahaja makan tengahari kami pun teruskan perjalanan ke HaTien , sebuah pekan kecil bersempadanan dengan Vietnam. Alhamdulilah , cuaca baik dan keadaan jalan juga bertambah baik.
masuk ke Vietnam jalan kaki aje untuk bergambar dengan Tugu ini.
lek luuu .. besau wooo kelapa muda sini..1usd sebiji
Seterusnya kami akan meneruskan perjalanan untuk ke Phnom Penh. Sekali lagi kami di uji dengan hujan..huhuhhuhu.. suasana semakin malam dan hujan ,semestinye pergerakan kami agak perlahan. Perlu terus sabar mengharungi ride sebegini. Akhirnya , jam 8pm kami berjaya juga sampai ke Envoy hostel Phnom Penh. Sebuah bungalow yang dijadikan sebuah hotel - hostel . Kami ambil bilik yang ada 4 buah katil dan bilik air sendiri. Hanya RM 240 UNTUK 2 MALAM untuk bilik ini. Kemudahan parking yang selamat, ada getah paip untuk cuci motor. Kemudahan peti ais, dapur, TV, semua nya berkongsi dengan penginap yang lain. Akan tetapi ia sangat berbaloi. SAYA REKOMEN!
Selepas mandi, sempat gak jalan2 keluar .. tak jauh rupenye dari hotel untuk ke Independence Monument.
_________________________________________________________________________________
RABU : 12/9/2018
Alhamdulilah, setelah dapat tidur dan rehat yang berkualiti, pagi ini kami sudah bersedia untuk Misi seterusnya. Misi mencari Bamboo Bridge Kampong Cham. Perjalanan kira2 130km pagi ini sangat selesa dengan permukaan jalan yang jauh lebih baik dengan yang sebelum ini. Kiri kanan jalan dihidangkan dengan pemandangan Sungai Mekong . Paras air kelihatan agak tinggi dari kebiasaan . Kelihatan beberapa rumah dan pokok ditengelami air. Memang benar sepertimana berita yang kami dapat yang mengatakan berlaku banjir akibat empangan pecah di Loas. Hati mula berdebar dan rasa tak sedap hati dengan Bamboo Bridge.
view sungai mekong dari tepi jalan yang kami lalui
Kami sampai ke Jeti Bamboo Bridge sepertimana yang ada di dalam Waze/Google Maps. Cemas melanda jiwa..melihat akan ketinggian paras air disitu, jeti untuk bamboo bridge utk ke Koh Pen juga sudah seperti tidak lagi wujud. Saya ambil keputusan untuk mencari satu jambatan konkrit yang juga menghubungkan Kampong Cham ke Koh Pen. Setelah jumpa jambatan tersebut saya ambil keputusan untuk masuk ke Kampong Koh Pen itu dan mencari Jeti bamboo bridge tersebut. Walaupun saya hampir pasti Bamboo Bridge sudah dihanyut/ditenggelamkan limpahan air sg mekong, hati ni tetap ingin mendapatkan bukti kewujudan bamboo bridge ini. Alhamdulilah kami dapat juga menjejaki tapak jeti tersebut.
menjejaki sampai ke penghujung
laluan ini menghala ke jeti bamboo bridge ..dahulunya..huhuhu
selebihnya kawasan ini telah ditengelami air.
Dengan hati yang kecewa,kami gerak keluar dan menghala ke sebuah masjid yang berhampiran, Masjid Roka. Disini kita boleh lihat ramai orang islam dan terdapat gerai makanan halal.
Masjid Phun Roka , Kampong Cham
Alhamdulilah..makan sedap hari ini.
Semasa kami makan tengahari ,kami sempat berbual dengan kakak tokeh gerai ini. Bamboo Bridge ini baru sahaja dihanyutkan/ditenggelami air, kira2 2 bulan lepas disebabkan banjir limpahan air empangan pecah dari Laos serta musim hujan yang sedang melanda Cambodia. Memang sangat sedih sebab saya memang nak sangat merasai melalui Bamboo Bridge ini. Tapi apakan daya..takde rezeki untuk merasai pengalaman ini. Selepas makan kami terus bergegas balik ke P.Penh untuk pusing pusing town. Ketika perjalanan balik ,seperti biasa, tak sah klu sehari tak ride dalam hujan....redah tetap redah..kali ini lebih hebat..kami mengharungi banjir di salah sebuah pekan dengan air sedalam lebih 0.5 meter...kalau motor f8gs..pemijak kaki tenggelam..huhuhuhu..redah kira2 sejauh 50m jer..cemas juga.
Setibanya kami di Hotel, terus tukar baju dan bersiap..naik tuk tuk hotel untuk ke Central Market. Satu tuk tuk 3 usd aje..RM12 juga tau..hahahaha.
view dalam Central Market
meriah...
sempat berjumpa dengan orang malaysia..rupanya Tn Hj Nik Ahmad (ex referee msia/fifa)
view luar
Selesai di central market , kami ambil keputusan untuk ke Night Market . Jalan kaki aje..ambil masa 10minit juga. Nasib baik laluan dicelah2 kedai..tak lah terasa penat sangat. Night Market ini terletak ditepi sungai Mekong. Bagi saya ia taklah semeriah dan best nak dibandingkan dengan Nite Market Phuket/Krabi/Phitsanulok dan Hatyai. Dah sampai so layankan ajerrr..
renyai pun layannnnn
balik naik tuk tuk..driver sempoi..
nite market to envoy hostel..3 usd..
Okay, 2 malam sudah di Phnom Penh. Rehat cukup..kerja2 mencuci pakaian pun dapat dilaksanakan wlupun hujan. Esok dah nk gerak keluar dari Cambodia. Tidur awal dan insyallah esok hari yang lebih baik.
KHAMIS : 13/9/2018
Alhamdulilah , 2 malam di P.P memberi sedikit rehat . Kami keluar awal subuh sebab nak bergambar di beberapa tempat menarik bersama2 motor.
Jambatan yang merentasi Sungai Tonle Sap - Phnom Penh hala ke Siem Reap
Restoran Halal - Owner fasih berbahasa melayu
(antara phnom penh ke sieam reap)
Independence Monument
Central mosque Phnom Penh.
Alhamdulilah , perjalanan dari PP hala ke Siem Reap sangat baik cuma hujan sedikit dibeberapa tempat. Permukaan jalan juga sangat baik berbanding dengan yang sebelum ini. Cuma yang tak berubah adalah cara pemanduan orang disini..hihihi. Biasalah, masuk tempat orang kena la biasakan diri dengan cara mereka.
antara tempat yang sempat saya sempat bergambar
Cambodia Cultural Vileage
Route 6 ..tutup pulakkk
sempat juga bergambar dengan 2 brader ni
Kami sampai di Siem Reap kira2 jam 2pm. Disini kami hanya ronda2 sekitar Angkor Wat sahaja. Saya secara individu pun kurang teruja nak masuk ANGKOR WAT ni. Tiket masuk aje dah USD40. Andai nak masuk juga mmg sebaiknya tinggal satu malam di sini. Baru le berbaloi seharian di dalam Angkor Wat.
Setelah hampir sejam pusing2, kami pun teruskan perjalanan ke Poipet. Sebenarnya plan asal adalah untuk kluar ikut BAAN PAK GAD/PAILIN. Stelah saya rasa memeriksa kembali route, kami sependapat untuk keluar ikut POIPET. Kami kesan ada laluan ke PAILIN telah ditutup. Ini kami kesan ketika check laluan semasa melepasi Siem Reap. Untuk rakan2 lain, satu nasihat saya, sentiasalah check route semasa dan terkini ketika berhenti rehat. Ini adalah kerana, kadang2 ada sumber dari internet ni meragukan.
Kami terus hala ke Poipet, hujan seperti biasa mengiringi kami hingga ke Poipet. Setibanya disana secara kebetulan rakan VOG , Jason Yang ada di Poipet atas urusan kerja. Beliau lah membantu kami di Border Poipet.
KlongLuk Boundary Post (Thailand)
Jason Yang - rakan bikers dari Malaysia yang sangat steady dan baik..TQ BRO!
APA DAA DIA TULISSSSS...
0 KM ROUTE 33 THAILAND
Alhamdulilah, semua proses untuk keluar dari Cambodia selesai dengan baik sekali.
Untuk proses keluar dari Cambodia;
- cop passport sambil selit sikit duit dalam passport.
-moto x yah cop apa sbb cambodia ni xde surat kastam.
Gerak terus melepasi Kasino dan masuk ke kawasan Thailand.
- cop passport
- sediakan dokumen TM6,TM2,TM3
* SEDIAKAN COPY GERAN , COPY LESEN , COPY PASSPORT , INSURAN THAI.
-urusan kastam untuk motor dan simpan dokumen untuk serah time keluar dari Thailand nanti.
Syukur, tiada masalah dan dipermudahkan semua urusan disini. Punya lah suka dan tenang hati bila da masuk thailand ni semula. Padehal punya masih jauh lagi dari Malaysia tapi hati rasa lebih tenang berbanding berada dalam Cambodia hehehehe.
Jam dah tunjuk pukul 7malam..dah gelap..skrg misi mencari tempat untuk rehat..leganya hati dpt keluar dengan mudah dari Cambodia. Ini membuatkan saya tak risau sangat nak tido dimana mlm ni. Kami bercadang untuk mencari hotel disekitar Sa Kaeo.
Route 33 cafe
benti sekejup kat 7e..lihatlah motoku..huhuhuhu..
HOP INN HOTEL SA KAEO
_______________________________________________________________________________
JUMAAT : 14/9/2018
Alhamdulilah..syukur dengan kesihatan yg diberi oleh tuhan. Hari ke 8 hari ini, masih lagi berdaya untuk teruskan ride ini. Leganya hati kerana dah keluar dari Cambodia. Walaupun di Thailand tetapi rasa lebih selesa dan selamat dibandingkan Cambodia.
Saya tidak menetapkan sangat hala tuju hari ini..memadai untuk melepasi Bangkok dan hala ke selatan Thailand. Sepertimana biasa, bersarapan hanya maggi untuk alas perut . Cukup rehat dan bekalan air untuk sehari , maka kami pun teruskan perjalanan hari ini.
Target pertama untuk mencari TOPOP untuk internet. Ini sangat penting!.. Kami sampai di pekan CHACHEONG SAO. Pekan kecil tapi ada banyak kedai. Dapatlah kami cari sedikit makanan dan topop. Selesai sahaja urusan , kami lebih yakin untuk teruskan perjalanan sebab da ada internet, di Thailand ni coverage line internet amatlah jauh lebih baik berbanding di Malaysia.
Kami pun meneruskan perjalanan menghala Petchaburi. Laluan hari ini memang agak mencabar, silap langkah akan masuk Kota Bangkok yang terkenal dengan kesesakan yang lebih hebat dari KL. Sistem laluan sudah mula bercelaru ketika menghampiri Bangkok, memang kami dah bercadang untuk alih laluan untuk tidak masuk kota Bangkok wlupun laluan itu agak jauh dari segi jaraknya.
Ketika leka melihat Maps , ditambah jalan yang sedikit mula sesak dan ditutup akibat kerja membaiki jalan....saya tertinggal dari rakan2. Telefon pula "hang" akibat panas..saya ambil keputusan untuk berhenti sebentar di stesen minyak. Saya wasap pada 2 rakan untuk minta mreka teruskan perjalanan dan cuba untuk bertemu kembali di Petchaburi/Cha Am.
Kini saya mula bergerak solo (mula teringat Solo Ride Laos)...setelah fikir dan bersembang dengan beberapa bikers thailand, saya nekad untuk cuba melalui KOTA BANGKOK!... sekali seumur hidup...ramai cakap sesak teruk..hari ini saya akan cuba...
Saya minta bantuan sorang bikers Siam yang kebetulan saya jumpa di stesen minyak untuk ikut dia separuh jalan. Laju juga mamat tu..jenuh mengejar..maklumlah dengan muatan moto serta tong kiri kanan, jenuh juga layan trafik Bangkok ni.
Memang benar..Bangkok sangat sesak!. Hiway mereka sangat tidak selamat untuk motorsikal..lori sangat laju..setiap interchange/flyover kena hati2 agar tidak salah jalan..Jari kejang akibat tarik clutch...kerap berhenti sebab terlalu panas dan letih.
seorang bikers siam bantu untuk tunjuk laluan(ikut separuh jalan)
ntah kat mana..benti setiap simpang agar tidak salah jalan
Sabar dan terus bersabar melalui Kota Bangkok menghala Samut Songkran. Jam tunjuk pukul 3 petang..perjalanan untuk sampai ke Petchaburi masih berbaki 150km...kalau hiway malaysia 1 jam sampai da ni...hehehehe
Perut lapar..cari stesen minyak yang ada 7e untuk dapatkan makanan serta rehatkan badan.
setelah sejam rehat, saya pun teruskan perjalanan. Tibanye di Pecthaburi kira2 jam 6pm.
Akibat terlalu letih saya pun ambil keputusan untuk tido di Petchaburi untuk malam ni. Rakan2 saya truskan perjalanan ke Cha Am/Hua Hin.
Saya menginap di salah satu bilik resort ditepi Route 4 yang pernah saya menginap dahulu. Depan bilik ni ada kedai makanan islam..berbaloi untuk dapatkan rehat secukupnya.
Saat2 waktu begini , setelah ride selama 8 hari , tentunya badan kita akan merasa keletihan , kdg2 tanpa kita sedar , rasa mcm ok tpi sebenarnya sgt penting rehat yang konsisten . Pengendalian motor besar dengan lalulintas yang tak diduga ditempat orang ni sangat memerlukan fokus dan fitness yang baik.
RM 50 SAHAJA! AIRCOND.
Tiada apa yang nak saya kejarkan sekarang , memandangkan misi utama saya ialah Kembara Kemboja. Kini hanya fokus untuk selamat sampai ke rumah ditambah dengan kerinduan pada keluarga semakin tebal..hehehehe...Selamat malam.
_________________________________________________________________________________
SABTU : 15/9/2018
Cukup segar pagi ni..Alhamdulilah..rasa yakin untuk teruskan perjalanan. Hari ini saya bercadang untuk ke Patthalung. Disana saya bercadang untuk tukar rantai dan spocket. Rasanya da semakin teruk..setiap hari kena tarik rantai dan bunyi ketika ride dah agak kurang baik.
Perjalanan ini adalah laluan yang amat membosankan dan kebanyakan bikers yang telah kerap guna laluan Bangkok ke Selatan Thailand ini pasti tak nak ulang guna laluan ini.Mereka lebih rela naik Train. Saya tiada pilihan, hadap juga lah kali ni hehehehe..cuma laluan ni mudah dari segi tempat makanan halal dan stesen minyak.
Alhamdulilah....dalam jam 4petang saya berjaya sampai Patthalung. Disini saya terus mencari sorang kenalan yang juga seorang owner kedai jual barangan BMW...Mr Supparek Tipvareerom..seorang yang sangat baik dan tak lokek untuk membantu. Saya berjaya dapatkan Set Rantai dan Spoket baru. Brand JomThai dengan harga yang amat baik. Beliau terus membawa saya ke kedai rakannya untuk tukar set rantai itu.
Mr Supparek Tipvareerom (fb)
memandangkan masa dah hampir lewat..saya hanya sempat tuka rantai baru sahaja.
Hujan turun lebat ketika sedang tuka rantai..say abercadang untuk teruskan perjalanan ke Danok dan tido disitu malam ini. Memang saya jangkakan akan sampai malam di Danok. Kalau boleh cuba elakan ride waktu malam di Thailand melainkan anda pernah beberapa kali lalu laluan tersebut.
Saya tiba di Siamthana Hotel Danok jam 8 malam. Sangat letih...sangat lapar...tapi bersemangat juga sbb dah rasa semakin hampir dengan Malaysia!..hehehehe
Saya berjumpa dengan Sdr Syawal..kenalan bikers di seremban..kami ada berhubung semalam dan plan untuk lepak sesama di Danok. Alhamdulilah..jimat duit hotel..hehehe...
Saya terus kebiliknya ...rehat..mandi ..solat.....dan terus kluar dinner...makanan kat dannok mmg terbaikkkkkk.....
dinner dgn Bro Syawal....kedai kak jah..puyu temban lerr..
Selesai sudah malam ni...syukur pada tuhan denga rezki yg dikurniakan ni...saya masih sihat dan mampu untuk selesai kan Ride Kemboja ini. Masa untuk rehat...Selamat malam.
_______________________________________________________________________________
Ahad : 16/9/2018
Selamat Hari Malaysia.....Hari masuk Malaysia...huhuhu...gembira yang amat rasanya hati dapat masuk Malaysia kembali...minyak murah..makan senang...hehehehe....
Pagi ni saya buat sedikit last shopping untuk keluarga. Saya dan Syawal bercadang untuk sarapan di Changlun..lepas tu saya akan temankan Syawal untuk sessi TTS dengan rakan2 TRK Benneli di Sg Petani.
Sebaik aje selesai Zuhur , saya mohon gerak dlu dari Syawal sbb plan untuk tengok anak saya di MRSM Pengkalan Hulu. Saya tiba kira2 jam 4 petang di asrama anak. Tepat jam 6 saya pun gerak balik hala Seremban.
Dinner dengan anak
Laluan..PH-GERIK-K.KANGSAR-SEREMBAN.
rehat sebentar kat A76 Lenggong
Alhamdulilah..dalam hujan..akhirnya saya selamat sampai dirumah jam 1pagi.
Misi Ride Kemboja saya kali ini alhamdulilah berjaya..Bertambah lagi ilmu kembara saya serta pengetahuan serba sedikit tentang Kemboja. Satu pengalaman yang amat berharga. Insyallah jika diizinkan saya kongsikan lagi ride2 saya yang lain.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment