Thursday, 21 December 2017

Malaysia - Thailand - Laos

Ride ini telah saya impikan sejak pulang dari Ride 1000 corner & Golden Triangle pada 2016.
Awal 2017 , saya memulakan persiapan untuk 2nd Ride ini.

1. Duit : Saya target untuk sediakan RM3000.00 sebagai duit poket ride ini.
2. Motorsikal : Alhamdulilah saya berjaya tukar moto dari Versys 650 ke F800gs (MEI 2017)
3. Route/Peralatan/Info border : Rujuk kepada Abg Zainal Omar dan Dr Saravanan .


inilah moto baru saya....F800GS...😁😁

16 November 2017
Buat surat permohonan surat kebenaran di Kedutaan laos, Ampang KL. Sediakan dokumen2, salinan passport,lesen,geran motosikal serta insuran. RM100 untuk setiap permohonan.




23 November 2017
Ambil surat kebenaran yang telah siap di Kedutaan Laos (Malaysia).

SEMINGGU sebelum tarikh bertolak:
1. Tukar duit RM 2000 untuk dituka ke THAI BAHT
2. RM500 untuk di tukar ke USD sebagai kegunaan tuka duit di LAOS nnt.
3. Beli bekalan ubat2.
4. Beli makanan segera , Nasi segera Brahim serta maggi.
5. Periksa semua kelengkapan elektronik,pam elektrik serta alatan memasak.
6. Menyusun segala dokumen.


30 NOVEMBER 2017



Tarikh yg dinanti telah pun tiba. Saya memulakan perjalanan dari Seremban 2 pada jam 3.00petang.
Hujan sepanjang perjalanan sejauh 550km sehinggalah ke Sadao/Dannok Immigration. Setelah selesai semua urusan saya terus check inn ke SIAMTHANA HOTEL (TB690) untuk berehat.

*seperti biasa : dokumen diperlukan untuk masuk Thai , Insuran , TM6 , TM2, TM3 semua kena buat dan isi. (minta yang buat insuran tu tolong buatkan semua ; lebih kurang rm50)

1 DECEMBER 2017

Awal pagi jam 8 waktu Thai,  saya berkejar mencari kedai telefon untuk beli topop untuk simkad DTAC yang saya telah guna sebelum ini. Ini sangat penting memandangkan saya menggunakan GOOGLE MAPS sebagai panduan perjalanan saya.
* sebagai langkah keselamatan , sediakan sebuah lagi handset sebagai spare .
* didalam kedua2 telefon install MAPS. ME OFFLINE serta download maps yang berkaitan.

Saya memulakan perjalanan jam 9pagi menghala ke PRACHUAP KHIRI KHAN sebagai target destinasi pertama saya. Saya mengharungi sedikit banjir di PATTHALUNG dan hujan sepanjang perjalanan. Jarak untuk perjalanan hari ini sejauh 710km.

Alhamdulilah saya selamat sampai dan check inn di sebuah chalet TB400, tepi jalan utama kira2 10km sebelum pekan Prachuap. Saya ambil kesempatan mengeringkan kasut serta stokin saya sepanjang malam.


2 DECEMBER 2017

Saya memulakan perjalanan jam 7.30 pagi menghala PHITSANULOK. Pagi ini cuaca sangat baik , dan alhamdulilah hingga ke petang cuaca kering. Bersyukur sebab dah 2 hari ride dalam hujan..hehehhee...

Setiba dipekan Phitsanulok saya terus mencari budjet hotel. COFFEE & BED HOSTEL di tengah2 pekan menjadi pilihan saya kali ini. Kos TB 250 satu katil saje lah. Memandangkan saya mula ride awal pagi , jadi saya tiba di Phitsanulok kira2 jam 4petang, sejauh 662km. Selepas selesai check inn saya juga sempat basuh moto !.. hahahaa agak pelik kan..xpelah asalkan hati saya senang...dengan kos TB150 dan kebetulan kedai cuci itu berdekatan dgn hotel..layannnnn...

kasi bersihhhh setelah 2 hari ride dalam hujan.....

Selepas selesai solat magrib, saya minta tokey guesthouse iaitu Alice menghantar saya ke Nite Market yang berhampiran. Berjayalah dapat makanan halal disitu dan sticker sebagai kenangan.

 Guesthouse yang simple dan paling penting Owner sempoi dan fasih English.

Nite Market Phitsanulok

3 DECEMBER 2017

Seperti biasa , selesai subuh aje saya akan siap dan mulakan perjalanan. Destinasi saya seterusnya ialah Chiang Kong iaitu pekan bersempadan dengan Border Bokeo/Huang Xay Laos. Perjalanan dengan cuaca yg sangat cantik dan baik. 

 Sempat singgah ROUTE 11 CAFE di UTTARADIT . Kedai tak buka lagi.. tapi owner nampak saya parking luar , dia terus paggil saya masuk, sempatlah beli sedikit cenderahati. Aminnnn rezeki saya.

 Satu spot sangat cantik dan tinggi diantara Uttaradit dan Ban Da Na Kham.

Satu lagi port yang berjaya saya berhenti sebab kagun dengan warna bunganya.

Alhamdulilah setelah mengharungi 486km , saya berjaya sampai Pekan Chiang Kong kira2 jam 4petang. Saya ambil keputusan untuk terus masuk Border laos dan tidur di Huay Xay.

Saya terus hala masuk ke Thailand Imigresen dan Kastam untuk proses masuk LAOS. 

* sediakan original geran , surat embassy Laos , TM 2,3&6 untuk rujukan pihak THAI.
Sedikit bayaran dikenakan untuk escort seberangi jambatan (Frenship Bridge 4).

*selesai Thai, setiba di Laos Imigresen & Kastam . Isi Arrival card dan cop passport . Buat insuran TB200 & bayar TB200 lagi untuk Kastam Laos. (malas nk tanya untuk apa).



ALHAMDULILAH....SAYA DAH PUN MASUK LAOS.

Tido mana malam ni ? Duit tak tukar lagi ? Simkad nak cari mana ?

Jam dah nak masuk 6 petang, maknanya nak gelap dah. Lepas aje border memang saya sangat cemas. Satu sebab, drive lefthandrive , iaitu ride sebelah kanan, haru biru kelam kabut 5minit pertama. dengan tak tahu mana nak tuju sorang2. Berhenti..tarik nafas..Al Fatihah sekali..buka maps offline dan cari mana halanya Huay Xay. Alhamdulilah, sampai aje di pekan Huay Xay satu trus terlihat papantanda kedai handset. Terus singgah dan dapatkan simkad UNITEL. Sangat sukar nak bertutur disini kerana mereka kurang faham bahasa English. Setelah siap setting dan try internet saya terus tanya mana nak tukar duit. Nasib saya baik kerana tokey kedai sanggup tukarkan duit kerana saya bawa USD. 100USD dapat 800,000 LAK (LAOS KIP).

Lagi sekali saya bersyukur pada tuhan kerana memudahkan urusan saya ini. Benda yang saya rasa paling penting dan utama sudah pun selesai. Sekarang...cari tempat tido.....

Saya bermalam di OUDOMPHOXE GUESTHOUSE , 70000KIP. TANPA AIRCOND!...Sbb bulan Dec mmg sgt sejuk disini. Masuk aje bilik terus mandi dan solat. Siap ajer saya terus masak sebab da lapar sangat. Nasi segera Brahim la pilihan saya.

Luruskan badan , sambil berfikir .... saya dah mula merasakan akan pelbagai cabaran dan dugaan bakal saya hadapi kerana saya ride Solo....cuma saya akan terus kuatkan semangat dan terus berdoa agar dipermudahkan urusan ride solo saya ini. Rindu pada isteri dan anak2 dah mula semakin kuat..adoiii.....

ok tido tido tido....rehat ckup untuk tempuh ride esok.

 pekan Huay Xay , kecil jer tapi ramai mat salleh lepak sini....

posing depan Guesthouse sebelum memulakan perjalanan.....


4 DECEMBER 2017

Inilah hari yang paling saya nantikan. Menghala Boten!...
Ini pertama kali saya ride dalam cuaca sejuk...12.5 celcius...syukur gs8 ini dilengkapi throttle warmer...ride sebelah kanan..permukaan jalan boleh saya katakan sangat teruk..kereta lori laju tanpa hiraukan penunggang motor...so..saya dah mula belajar sesuatu untuk ride sepanjang di Laos ini.

hanya rumah2 begini banyak sepanjang perjalanan...anak khinzir macam anak itik ditempat kita...

positif..positif........


amacam?.... tak boleh nampak woooo jarak 50m...

Kuatkan hati...ride tak sempat nak guna gear 6 pun..sangat hati2 dan senantiasa berwaspada..maklumlah sorang2...jarak antara sebuah kereta atau lori amatlah kurang....

 laluan ke Boten checkpoint sedang dalam pembinaan..pelebaran dan sebagainya....licinnnnn..

xde laluan yang tetap..pepandailah ejassssss....

BOTEN 

Akhirnya..impian jadi kenyataan......

keadaan dalam pembinaan..berdebu teruk...



akan jadi memory selamanya....syukur alhamdulilahhhh....

cakkk!!!! ini je dapat di kesan...yang lain rasanya dah habis rosak...


good job my gs8....well done...peritnya hanya kita je yg faham..huhuhu..

Selesai berposing di Boten..ronda2..makan debu...rasanya kena fikir plak mana nk tido malam ni..
Saya teruskan perjalanan menghala Muang Xai..


aku adalah aku...nampak pula ada kedai cuci kete on the way keluar dari Boten hala Muang Xai...apaaaa lagii......tembak lumpurrr cukuplahhh...


bro bro laos yang keje kat kedai cuci ni..sempoiii...


Akhirnya saya temui guesthouse yang sesuai untuk tido malam ini..80,000KIP!!..TANPA AIRCOND TAUU...sbb sejukkk cukuppppp...


wlupun agak mahal tapi saya mengutamakan hotel/gueasthouse yang parkingnya agak selamat...disetiap hotel yang saya duduk selama ride ini...keutamaan..PARKING!!

Alhamdulilah selesai sudah perjalanan hari ini sejauh 320km ajer, akan tetapi ambil masa yang agak lama disebabkan laluan yang agak bahaya. Macam biasa..mandi..solat..masak...tidoooooo...


5 DECEMBER 2017

Macam biasa...awal pagi lepas subuh terus keluar...suhu 10cel....redah juga lah....saya akan start ride setelah suasana cerah sikit sebab risau penglihatan ride yang terhad serta jalan yang sempit amat merbahaya. 
cukup tinggi...menghala ke Luang Prabang

sejuk..tinggi...sangat mendamaikan...

 banyak kenderaan macam ni atas AH..ASEAN HIGHWAY.. fikirkanlahhhh...

Akhirnya..halal food kat LUANG PRABANG....Lunch dlu..

CHENNAI RESTAURANT..tepi Sungai Mekong...

Luang Prabang Museum

Dah sampai sini jangan lupa pergi ke KUANG XI WATERFALL...puas hati..

sedih..gambar di kuang xi rosak..phone lenovo da mula buat perangai..iphone plak batt out.....

Saya teruskan perjalanan untuk ke Vientianne....ketika ini saya mula gunakan MAPS ME offline kerana LENOVO yang ada simkad UNITEL alami masalah. Saya semakin merasai kerisauan ride solo ni. Kena sentiasa waras dan cepat berfikir untuk survive.

kiri...pak mong...kanan la pilihan saya..

Antara saya sempat snap selepas bagi lolipop..hehehe

.....sangat tinggi dan cantikk...

jalan tanah longgar dan sgt bahaya...

menuruni bukit dengan permukaan jalan sebegini..

laluan antara Luang Prabang to VangVieng

atas puncak..antara Luang Prabang dan Vang Vieng

wow...

sempat juga....

Saya teruskan perjalanan hala Vang Vieng..saya agak rushing sebab target untuk tido mlm ni di Vientianne. Setibanya di Hinhuep , matahari dah mulai tenggelam. Memandangkan saya sorang2, saya ambil keputusan untuk tido disalah satu guesthouse yang saya temui ditepi jalan utama. Risiko sangat besar untuk saya ride malam2 di sini memandangkan keadaan sekeliling adalah hutan.

Saya tido di SOKCHALEON GUESTHOUSE , 70,000KIP ..kira2 90km lagi untuk sampai Vientianne. Selesai perjalanan untuk saya hari ini sejauh 431km.


6 DECEMBER 2017

Bangun pagi, solat dan teruskan perjalanan ke Vientianne. Tak sabar rasanya nak keluar dari Laos ni..huhuhuhu...

Saya tiba di Vientianne jam 8.30pagi. Ambil sedikit masa pusing2 pekan.




dapat jumpe rakan2 dari kampung N.9!!! di Vientianne..Bro Hisham, Jo GS8, Bro Awalludin, Bro Ahbee..sany suarez...dan lain2..x sempat nak ingat nama..

Setelah selesai di Vientianne, hati pun da tak sabar nak ke PHU TUB BERK....saya trus hala ke CHECKPOINT THANALEG/FRENSHIP BRIDGE 1ST.

Serahkan TM2,3 dan departure card ..cop passport dan paling penting kastam form kepada pihak Laos.

Selesai di LAOS......selamat tinggal LAOS..TQ so much for the intresting adventure ride...


Tidak buang masa saya truskan ke checkpoint Thailand, Nong Khai.

Disini kena isi semula TM2,3&6 dan serahkan semula insuran yang memula buat dulu di changlun. Jangan lupa..cop passport dan kastam form!!!!!

Alhamdulilahhhh...semua dipermudahkan..tiada sebarang bayaran.

Saya terus pecut menuju ke stesen minyak berhampiran.laparrrr..isi minyak ron 95 semula..cari maggi halal dan jus oren.....refreshhh sebelum memulakan semula perjalanan ke PHU TUB BERK...

rehat jup menghala phu tub berk

dah mula sejuk dan tinggiiiii...

RATNOOK resort...tido khemah ajer la malam ni..TB600

3 toto dan 1 bantal kecik disediakan..toilet dekat..

Maka selesai lah perjalanan hari ini...HinHuep, Vientianne, Nong Khai, Phu Tub Berk...414km. Awal subuh seawal jam 4pagi dah terjaga sebab tak boleh tido . Sejuk terlampau hingga menitik air embun masuk dlam khemah....terpaksa hidupkan dapur masak dalam khemah!!!..huhuhu...

awal subuh anak2 ni da ada...upah lah TB100..untuk beberapa foto..

highest viewpoint




Boleh saya katakan Phu Tub Berk ni sesuai juga untuk bawa family , jalan pun mudah untuk gunakan kereta wlupun bukan 4x4...tapi sediakan makanan sendiri sbb sana susah skit nak dapat halal food.


7 DECEMBER 2017

Hari ini saya mulakan perjalanan lewat ckit sebab buat sikit shopping dan sessi amik gambar. Saya mulakan perjalanan menuruni Phu tub berk menghala Phitsanulok kira2 jam 9pagi. Saya akan melalui satu lagi wishlist saya iaitu Route 12!..Jalan cantik..lebar besar dan korner nya yang sangat osyommmmmmm..saya melepaskan kerinduan ride dalam kelajuan tinggi serta koner yang sangat rendah tapi tak la cecah lutut..hehehehehe...maklumlah..di Loas tak dapat buat semua ni...

ok..lets have fun ridinggggg...my fav route...


rilek kejap...route 12 cafe...





minum ..rehat..shoppinh adalah wajib......kemudian saya truskan perjalanan ke Phitsanulok sambil menghabiskan sisa2 korner yang cantik ROUTE 12.....

Setibanya di Phitsanulok..saya ambil keputusan untuk singgah ke servis center MOTORRAD.


BMW NITTHIBOON

tukar minyak hitam dan oil filter sahaja...rm300..

sempatlah bergambar kenangan...

Tanpa buang masa , saya teruskan ke Nakhon Sawan. Aminyan Halal Food menjadi hala tuju saya. Tempat yang pernah saya kunjungi sewaktu ride 2016 dahulu. Saya tiba disitu jam 3petang...order nasi goreng lah...laporrrrr...sambil dobi baju di kedai sebelah.. itu sebab saya suka tempat ni..hehehe..macam2 dapat...tepat jam 5 baju saya siap kering dan saya teruskan perjalanan ke Suphan Buri...hari dah malam dan gelap..saya berjaya jumpa sebuah guesthouse setelah sesat sikit kerana masalah Lenovo saya..huhuhuhu....

Apapun syukur saya masih sihat dan selamat hingga ke hari ini..perjalanan hari ini sejauh 442km.

SABAY SABAY INN , TB400 , AIRCOND.



TIDO DAN REHATTTT......


8 DECEMBER 2017


HAPPY BIRTHDAY TO ME!..ya...birthday diperantauan...otak da mula menggong sbb terlalu rindu keluarga..hati kena kuat...perjalanan kena di teruskan...

Sepertimana biasa..awal pagi saya da keluar dan hari ini saya mula gunakan iphone dan maps me sebagai alat tunjuk arah saya. Dengan sedikit keyakinan pada laluan sebab dah pernah lalu dulu. Terus memecut menghala CHUMPON.

Tiba di chumpon seawal jam 3 petang. Terus tuju RETRO BOX HOTEL. TB690.AIRCOND.
Perjalanan sejauh 525km.


memang best....rehattttttt....

kolam weyyyy...huhuhu..

view dari bilik...

Saya mmg rehat sakan disini..makan pun mudah..hanya 3 minit jalan kaki ke restoran halal dari hotel ini. restoran Farida..petang makan..malam plak repeat lagi..roti canai 2 keping!!!....

Selesai awal..tido awal....

9 DECEMBER 2017

Badan memang rasa segar sikit , tetapi punggung da mulai rasa sakit, maklumlah lama sangat duduk atas moto. Pagi ini saya menghala ke Dannok...huhuhu..da semakin menghampiri MALAYSIA. Sepanjang perjalanan mendung saja. Menghampiri Pathhalung langit semakin gelap mcm nak hujan. Saya ambil keputusan untuk pergi ke THALE NOI BRIDGE . Setibanya disana , kawasan kampung kelihatan seperti baru lepas banjir dan ada tempat yang masih ditenggelami air.

inilah hasilnya.....

saya dinasihatkan oleh orang kampung agar tidak melalui jambatan ini..huhuhu..sedihhh..

sambil layan sedih..layan jugak lah budak kampung tgh casting mancing..


cissss....depan mata mamat ni dapat...gerammmm..

Langit semakin gelap,saya terus hala keluar dari kampung ini dan hala terus ke dannok. Sepanjang perjalanan dari Patthalung ke Dannok , hujannn..ride lecun kembali..

Saya sempat singgah Route 41 cafe untuk last shopping..hehehehe....

elok saja sampai sini..tak hujan..siap ajer sopinggg..hujan selebatnya..

Sarung baju hujan dan saya terus ke SIAMTHANA HOTEL DANNOK,TB690. Done 570km today.

Selesai makan malam saya terus tido kerana letih dan nak ckup rehat untuk esok.


10 DECEMBER 2017.

siamthana hotel


Jam 8.00 pagi, saya terus keluar dari THAILAND.. jgn lupa cop passport, serah kastam form. Selesai saja urusan imigresen saya trus hala ke Changlun. Isi minyak & isi perut sarapan.


Selamat tinggal THAILAND. JUMPA LAGI next ride.


TIADA YANG LEBIH BEST SETELAH RIDE SOLO 10 HARI.
JUMPA FAMILY TERCINTA.
Saya tiba di rumah di Seremban jam 3.00 petang. 

Alhamdulilah, sangat2 bersyukur kehadrat illahi, pulang dengan selamat dan keluarga semua dalam keadaan baik. Saya puashati dengan pencapaian ride solo saya kali ini. Segala persiapan yang dibuat boleh dikatakan sangat sempurna dan mencapai semua matlamatnya.
Kejayaan ini semestinya saya tujukan kepada isteri dan anak2 saya yang sangat banyak membantu dan menjadi dorongan saya sepanjang ride.
Semoga perkongsian saya ini juga dapat membantu rakan2 lain yang ingin Ride ke Laos. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0126854424 , FB RAZALI SANI .















1 comment:

  1. Salam. Terbaik ler bro. Ride solo tu.. Betul2 hati kering

    ReplyDelete

Assalamualaikum & Salam Sejahtera , Alhamdulilah , dengan izinNya , dapat juga saya berkongsi satu lagi aktiviti Ride ,   Kembara K...